Kepentingan Hijrah
1. Hijrah membolehkan kegiatan dakwah dan amalan ibadat dilakukan secara bebas tanpa sebarang halangan.
a. Sebelum hijrah, kegiatan dakwah dan amalan ibadat Islam tersekat akibat tentangan kaum Quraisy Makkah,
b. MAdinah dijadikan pusat menyebaran Islam yang baru.
2. Hijrah telah menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri dari pada pelbagai kaum,budaya dan agama.
a. Sebelum hijrah, amalan konsep assabiah memecahbelahkan masyarakat Arab.
b. Suku Aus dan Khazraj yang sering bergaduh atas perkara yang kecil akhirnya dapat disatukan.
3. Hijrah berjaya mewujudkan persaudaraan Islam yang erat.
a. Ini jelas di tonjolkan oleh kesediaan orang Islam Madinah memberikan bantuan kepada orang Islam yang berhijrah dari Makkah.
b. Orang Islam Madinah telah di beri gelaran golongan Ansar oleh Nabi Muhammad s.a.w. sementara orang Islam dari Makkah di beri gelaran golongan Muhajirin.
c. Akibatnya orang Islam yang berhijrah ke Madinah dapat menyesuaikan diri dengan cepat di Madinah tanpa berasa asing atau rendah diri.
4. Sikap toleransi dan tolong-menolong antara kaum selanjutnya membolehkan wujudnya kehidupan yang harmonis dan masyarakat yang cemerlang di MAdinah.
a. Nama Yathrib telah ditukar kepada Madinah al-Munawwarah yang bermaksub kota bercahaya.
b. Madinah telah menjadikan pusat tamadun dan penyebaran islam yang baru.
c. Keadaan ini hanya dapat di wujudkan akibat pengorbanan dan sokongan pelbagai pihak seperti yang di lakukan oleh golongan Ansar, ala sahabat nabi dan Nabi Muhammad s.a.w.
Golongan Ansar:
a. Sanggup memberi tempat tinggal, makanan dan keperluan asas kepada orang Muhajirin.
b. Mereka sanggup menerima orang Muhajirin sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah.
Sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
a. Abu Bakar al-Siddiq bergadai nyawa dan harta untuk melindungi baginda semasa berhijrah.
b. Pada malam penghijrahan , ALi bin Abu Talib sanggup tidur di tempat baginda untuk mengelirukan orang Arab Quraisy.
c. Abdul Rahman din Auf sanggup menyumbangkan hartanya untuk membantu masyarakat Islam yang miskin.
5. Hijrah juga telah menonjolkan kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W dalam mengatur strategi.
a. Baginda tidak pergi terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur untuk bersetika.
b. Baginda menggunakan jalan lain dahulu, yaitu ke Tihamah (bahagian Laut Merah) di selatan Makkah sebelum ke Madinah di utara Makkah.
6. Hijrah juga menonjolkan peranan besar yang dimainkan kaum wanita.
a. Mereka tidak sahaja berperanan sebagai suri rumah tetapi terlibat bersama untuk memajukan Negara Islam.
b. Asma (puteri Abu Bakar al-Siddiq) bertindak sebagai penghantar makanan dan berita kepada Nabi Muhammad s.a.w.ketika baginda bersembunyi di Gua Thur.
ini jelas merupakan satu misi yang bahaya.
7. Kiraan tahun hijrah dalam takwin Islam telah di wujudkan sempena peristiwa hijrah.
a. Tawin atau kalendar hijrah ini telah mula di gunakan sejak pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang kedua , iaitu Khalifah Umar bin-Kahattab.
b. Setiap tahun sambutan ‘Maal Hijrah’ di adakan untuk memperingati perjuangan yang penting ini.
8. Negara Islam di bina Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.
Antara ciri-ciri Negara Islam yang pertama ini ialah;
a. Nabi Muhammad s.a.w. di iktiraf sebagai ketua agama, tentera dan Negara.
b. Undang-undang atau syarifah Islam di laksanakan sepenuhnya.
c. Semua rakyat Negara Islam di beri perlindungan serta hak yang saksama.
d. Kuam wanita di beri pembelaan sewajarnya.
e. Penindasan oleh golongan kaya dan kuat ke atas golongan miskin dan lemah di bendung.
9.Majsid al-Nabawi di bina dan sejak masjid merupakan institusi agama Islam yang penting.
a. Masjid bukan sahaja merupakan tempat beribadat tetapi juga sebagai pusat aktivitas orang Islam di mana semua aspek kehidupan masyarakat dan Negara dibincang.
b. Masjid juga merupakan tempat pendidikan dan tempat aktivitas harian seperti berjual beli juga di sediakan di sekitar masjid.
10. Piagam Madinah ( Sahifah Madinah) di bentuk sebagai asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar